Tuesday, February 8, 2011

Ciri2 Wanita Yang Harus Dikahwini

Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-
“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah  dia harus berkahwin  dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja  sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”

Mustafa Amin menjawab :-
“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita  yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu  dari hujan dalam bahtera kehidupan.”
“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam  ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat  menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan  masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang  yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”
“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”

Mustafa Amin menjawab :-
“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.

Tuesday, February 1, 2011

Yahudi... Siapa Mereka Sebenarnya???

okay... kita tertanya2 mengapa kaum yahudi ini kuat dan lebiha pandai memputar belit kan perihal dunia... tambahan, mereka cuba menggantikan al-aqsa dengan sebuah kuil agung mereka... mari kita lihat bagaimana mereka membina sebuah negara yang diberi nama Israel...


Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran - lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71). Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir. Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah S.W.T telah mengirim nabi Musa A.S masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir. Musa A.S dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara. Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina.
Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa. Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah. Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem). Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia. Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Terbentuknya Israel
Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah. Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
 Theodor Herzl
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.
1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
(Gambar Atas - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.  
 (Gambar Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Palestin dulu dan kini

 
-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani
Gambar Atas - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa  

Sunday, January 30, 2011

Mai Habaq Mai - Kisah Pahlawan Islam



haa... ni la hobi di waktu lapang yang agak memberangsangkan la... sronok nyer bukan ape, bile da habis cerita tu kita boleh rase la pengorbanan dan kesungguhan pahlawan2 ni berkorban demi dunia Islam... mari kita selami sedikit cerita pahlawan2 yang berpendirian tetap sebagai pejuang Islam...



Tariq bin Ziyad

Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik. 

Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, amat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Tariq bin Ziyad berasal daripada bangsa Barbar. Mengenai sukunya pula, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada dari suku Nafza atau suku Zanata.

Tariq dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenorr Afrika Utara dan di bawah penguasaan Musa inilah beliau memeluk agama Islam bersama orang-orang Barbar lainnya yang tunduk di bawah kekuasaan Musa setelah menakluki daerah Tanja.

Dikisahkan bahawa setelah memeluk Islam, mereka (orang-orang Barbar) mengikuti ajaran agama Islam dengan baik. Oleh hal yang demikian itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar orang-orang Barbar itu tentang al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lain. Sesudah itu, Musa melantik Tariq (yang merupakan perajurit Musa yang paling paling handal) menjadi penguasa daerah Tanja, di utara Maghribi dengan 19,000 orang tentera daripada bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya.
 
Pada bulan Rejab tahun 97 H (Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan 7000 orang perajurit yang sebhaagian besar daripada bangsa Barbar, Tariq menyeberangi Selat Andalusia dengan perahu-perahu (bahtera)pemberian Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang bersekutu dengan kaum Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.

Setelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq beserta pasukannya berhadapan dengan 25,000 orang perajurit Visigoth. Pada mulanya kedatangan pasukan Tariq ini menimbulkan kehairanan bagi Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick kerana mereka datang dari arah yang tidak diduga, iaitu dari arah laut. Walaupun jumlah anggota pasukan kaum Muslimin jauh lebih sedikit dibandingkan pasukan musuh, namun semua itu tidak menimbulkan kegentaran di kalangan para perajurit Muslimin, lebih-lebih lagi dituangkan dengan kata-kata penuh semangat daripada panglima mereka.

Agar pasukannya tidak gentar menghadapi musuh, Tariq menggunakan taktik di mana sesampai sahaja angkatan perang (laut) setelah menyeberangi Selat Andalusia, beliau berkata kepada para perajuritnya bahawa perahu (bahtera) yang diberikan oleh Julian itu telah sengaja dibakar. Tariq pun berucap dengan penuh semangat: “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”.

Taktik yang digunakan oleh Tariq itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Tariq dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.

Kemudian Tariq meminta tambahan pasukan kepada Musa. Lalu Musa menghantar 5,000 orang perajurit yang sebahagian besar berbangsa Barbar. Satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh para perajurit Tariq; kota-kota tersebut termasuklah Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona.

Apabila tiba musim panas pada tahun 711 M, Tariq telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum menempa kejayaan itu, Tariq telah mendapat firasat bahawa beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama  Khulafa al-Rasyidin berjalan di atas air hingga bertemu dengannya, lalu Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira bahawa beliau akan berjaya menakluk Andalusia. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar sentiasa mendampingi kaum Muslimin dan sering pula menepati janji.

Mendengar kejayaan yang dicapai oleh Tariq, Musa bin Nusair berasa iri hati. Pada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bersama 18,000 perajuritnya melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla. Beliau juga menewaskan kerajaan Visigith,Theodomir di Orihuela. Beliau bertemu Tariq dan pasukannya di Telodo. Mereka berjaya menakluki Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Dengan demikian, seluruh daratan Semenanjung Andalusia berjaya dikuasai oleh perajurit Muslim. Setelah itu, mereka kemudiannya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid.

Setelah berjuang bermati-matian menakluki Sepanyol, bukan penghargaan yang diterima oleh Tariq melainkan pemecatan yang dilakukan oleh Musa bin Nusair. Tariq dipecat atas alasan tidak patuh arahan Musa walhal sebenarnya Musa iri hati terhadap kejayaan Tariq. Namun, kejadian ini tidak mengganggu usaha penaklukan ke atas sepanyol. Jauh sebelum penaklukan ke atas Sepanyol, antara Musa dengan Tariq sememangnya sudah terdapat bibit-bibit persaingan. Namun, Tariq tetap menghormati ketuanya. Peristiwa pemecatan Tariq diketahui oleh Khalifah al-Walid. Ketika memanggil kedua-dua, jelas Khalifah memberi lebih Tariq.

Setelah Khalifah al-Walid meninggal dunia, nama Tariq bin Ziyad seakan-akan tenggelam, namun Gibraltar yang terus ‘timbul’ di dalam lipatan sejarah telah mengharumkan nama seorang panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah dengan menegakkan syiar Islam menyeberangi sempadan benua, hingga Islam dapat diterima di Eropah.

Tariq bin Ziyad pulang ke rahmatullah pada tahun 270 M.

SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang pahlawan dan raja yang gagah berani. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya mengalahkan tentera Salib yang memang terkenal dengan kezaliman dan keperkasaannya.
Beliau dilahirkan pada tahun 1138M. Ayahnya keturunan Kurdistan. Salahuddin telah berjinak-jinak dengan peperangan apabila telah meningkat dewasa. Beliau sempat berperang di Mesir bersama dengan Shirkuh, bapa saudaranya di bawah panji Kerajaan Fatimiyyah.
Pada tahun 1169, Shirkuh telah dilantik sebagai wazir (menteri) di bawah naungan Kerajaan Fatimiyyah. Kemudian Salahuddin telah dilantik sebagai wazir apabila bapa saudaranya meninggal dunia. Beliau telah berjaya memadamkan pemberontakan dalam negeri dan turut berjaya menumpaskan serangan pihak Frank dan Byzantine yang cuba hendak menakluk Kaherah.
Akhirnya beliau menjadi Raja Mesir pada tahun 1175 mengantikan raja terakhir dari dinasti Fatimiyyah yang mangkat dan diiktiraf oleh Khalifah di Baghdad sebagai pemerintah Mesir yang sah setahun kemudian. Beliau memakai gelaran Sultan Al-Malikun Nasir.
Pada tahun 1187 berlakulah Perang Salib di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang diketuai oleh King Richard (Raja England) setelah beberapa tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak Kristian. Mereka bukan sahaja mengancam negara-negara Islam, malah telah merampas beberapa wilayah umat Islam di Baitul Muqaddis dan dijadikan negeri-negeri Kristian.
Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah berjaya merampas Baitul Muqaddis dan 10,000 tentara Salib terkorban. Di sini Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan ketinggian budi dengan tidak membalas perbuatan tentera Salib yang zalim semasa menawan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri yang dilalui. Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, perempuan, orang tua dan anak-anak tentera Salib dan memberi mereka tempoh 40 hari untuk meninggalkan Baitul Muqaddis.
Akhirnya seluruh tanah Palestin dapat ditawan semula. Walau bagaimanapun, orang-orang Kristian dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis melalui satu perjanjian damai yang ditandatangani pada 1192.  
Keperibadian
Pada suatu hari, ketika Sultan Salahuddin berjalan-jalan di kota Baitul Muqaddis, beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki tua Nasrani (Kristian). Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau : "Wahai pahlawan agung ! Sesungguhnya tuan telah berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan ke atas tentera-tentera tuan ?"
Jawab Salahuddin : "Wahai orang tua ! Agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil sayapun melarang melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan"
Orang tua itu berkata lagi : "Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan pemusuhan dan menyiksa kaum tuan"
Jawab Salahuddin seterusnya : "Memang benar ! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami. "
Tambah beliau : "Islam meyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa "
Orang tua itu berkata lagi : "Alangkah indahnya agama tuan !" Saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat menikmati kehidupan yang bahagia". "Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini "
Jawab Salahuddin seterusnya : "Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dan Muhammad itu RasulNya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangNya".
Setelah itu, lelaki itu terus mengucap dua kalimah syahadah tanpa berbelah bahagi…… 

MUHAMMAD AL-FATEH



Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
 
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh